Sejarah Galeri Rumah Lat

Idea untuk mewujudkan Galeri Rumah Lat datang daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika baginda bergelar Raja Muda Perak. Menurut Lat, meskipun pembukaan galeri ini mengambil masa yang begitu panjang walaupun sudah siap dibina namun ia sesuatu yang amat membanggakan. Beliau berkata kepada pemberita: "Perancangan untuk membuka galeri ini sudah lama. Sejak Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak menjadi Raja Muda lagi. Sewaktu itu, baginda mengatakan elok buat galeri untuk simpan semua lukisan-lukisan di kawasan Ipoh. Baginda juga ada menyebut beberapa kawasan seperti di Meru, jadi masa itu saya mulalah bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan sebuah galeri komik dan kartun untuk masyarakat di Perak dan di Malaysia,".[1]

Galeri ini pada asalnya dijadualkan untuk dibuka pada Julai 2020, namun ditangguhkan sehingga hujung 2020 berikutan pandemik COVID-19 di Malaysia.[2] Ia telah dihebahkan pada April 2021 bahawa galeri ini dijadualkan untuk dibuka pada Julai 2021, menurut Lat selepas dimaklumkan oleh Muzium Perak,[3] namun ia ditangguhkan sekali lagi.[4][5]

Galeri ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 8 Julai 2023 dan dibuka kepada umum sehari kemudian.[6][7][8]

Rujukan

WikiPedia: Galeri Rumah Lat https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/galeri-... https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/05/... https://gempak.com/rojakdaily/lifestyle/better-lat... https://bebasnews.my/2021/04/13/rumah-lat-di-batu-... https://www.malaymail.com/news/life/2021/04/12/rum... https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/galeri-ru... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/galeri-... https://www.ipohecho.com.my/2023/07/25/galeri-ruma... https://selangorkini.my/2023/07/lat-teruja-galeri-... https://www.sinarharian.com.my/article/267151/beri...